< Kembali

Permintaan tinggi menjelang raya, dua lelaki cuba seludup minyak masak, gula

Berita
Sinar Harian
38 Hari

TAWAU – Permintaan tinggi dari negara jiran terhadap barang kawalan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri mendorong dua lelaki cuba menyeludup minyak masak peket dan gula pasir menggunakan bot kargo di perairan Tanjung Batu di sini, pada petang Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, tindakan dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 30 tahun dapat dihidu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tawau yang melakukan rondaan di lokasi tersebut.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan