TAIF – Suasana di Green Mountain Resort, Taif, Arab Saudi bertukar panik apabila sebuah permainan taman tema dikenali sebagai ‘360 Degrees’ runtuh ketika sedang beroperasi, menyebabkan 23 pengunjung cedera.
Menurut laporan Daily Mail, kejadian berlaku pada Khamis lalu apabila permainan berputar itu tiba-tiba menghentam tiangnya sendiri sebelum terbelah kepada dua bahagian, menyebabkan penumpang terhempas ke tanah.