SEPANG – Kerajaan disaran mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa untuk menyelaras pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di luar negara.
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM), Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, penubuhan itu untuk mengawal selia misi kemanusiaan yang akan memudahkan gerak kerja NGO serta memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan terhadap sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia.