KANGAR – Kerajaan negeri Perlis pada Selasa mengisytiharkan esok, 1 Januari, sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Tahun Baharu 2025 dan tarikh 1 Rejab yang penuh keberkatan.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.