KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluaskan rangkaian rel negara dengan memulakan perjalanan sulung dari Stesen Segamat ke Padang Besar tepat pukul 7.55 pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, perjalanan dari Stesen Butterworth ke Stesen Segamat juga berlepas pada 7.50 pagi dan dijangka tiba 2.57 petang dengan perkhidmatan yang dilanjutkan itu merangkumi laluan sedia ada dari Butterworth-Gemas-Butterworth serta Padang Besar-Gemas-Padang Besar.