SHAH ALAM – Kerajaan disarankan untuk memperketatkan sistem pendaftaran pusat jagaan bagi memastikan ketelusan serta mengelakkan sebarang unsur rasuah yang boleh menjejaskan kebajikan penghuni.
Timbalan Presiden Pertubuhan Perdana Nasional (PPN), Muhammad Mukmin Nusril berkata, isu tersebut perlu dipandang serius kerana rasuah dalam sektor berkenaan bukan sahaja meruntuhkan integriti sistem pentadbiran tetapi juga membahayakan kebajikan golongan yang memerlukan.