KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengeluarkan faedah sebanyak RM5.82 bilion kepada 871,949 penerima pada tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Steven Sim berkata, jumlah pembayaran faedah itu lebih tinggi berbanding RM5.48 bilion yang dibayar kepada 920,368 penerima pada 2023 dan RM4.92 bilion kepada 866,666 penerima bagi tahun sebelumnya.