KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pihak penganjur yang dikaitkan dengan perjumpaan gay serta pihak polis berhubung isu yang telah mencetuskan kebimbangan, kekeliruan dan cemuhan masyarakat baru-baru ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri tidak menolak untuk berbincang secara terbuka pada bila-bila masa bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara yang berlaku.