SHAH ALAM – Kerajaan diminta memperincikan apakah kandungan yang dibolehkan sekiranya mana-mana pihak menyentuh isu berkenaan agama, raja dan kaum (3R).
Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menyatakan bahawa berbicara tentang 3R adalah dilarang, namun tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.