SHAH ALAM – Seramai lapan ahli telah mencalonkan diri masing-masing secara dalam talian bagi merebut jawatan Naib Presiden dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 peringkat pusat.
Menurut sumber setakat jam 6.30 petang tadi, antara individu yang berbuat demikian termasuk penyandang jawatan itu sendiri iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.