Pulau Tioman memiliki pasir pantainya yang memutih dan halus, air laut berwarna hijau kebiruan, hidupan marin serta hutan paya bakau menjadi tarikan utama pelancong untuk bersantai dan menenangkan fikiran serta membebaskan diri daripada tekanan.
Di Pulau Tioman terdapat lima kampung utamanya iaitu Kampung Tekek, Kampung Salang, Kampung Air Batang, Kampung Genting dan Kampung Juara, satu-satunya kampung yang menghadap laut lepas. Anda boleh memilih destinasi pilihan sepanjang bercuti di pulau itu.