JAKARTA – Seorang wanita berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun enam bulan dan denda sebanyak 300 juta Rupiah (kira-kira RM78,607) atas pertuduhan menerima rasuah.
Nama Nur Afifah Balqis dikatakan sebagai perasuah termuda Indonesia selepas Majlis Hakim Pengadilan Negeri Tindak Pidana Korupsi (PN Tipikor) Samarinda menjatuhkan hukuman tersebut pada 26 September 2022 lalu.