MEMASUKI minggu kedua Ramadan, “perang” lagu raya sudah mula rancak dengan kemunculan lagu-lagu raya versi moden menepati cita rasa pendengar tika ini.
Jika pada musim Aidilfitri lepas lagu Alamak Raya Lagi dendangan kumpulan De Fam dan Ketipak Ketipung Raya daripada Aisha Retno menambat hati pendengar sehingga menjadi siulan dan parodi netizen, kali ini juga tidak kurang hebatnya.