KAJANG – Tiga syarat utama ditetapkan bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B.
Syarat pertama ialah warganegara Malaysia, kedua, memiliki lesen memandu kompetan (CDL) Kelas B2/B1 yang sah dan berkuat kuasa secara berterusan serta ketiga ialah bebas daripada senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod disabitkan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.