TELUK INTAN – Usaha meneliti semula beberapa peruntukan undang-undang sedia ada untuk memperkenalkan kewajipan lebih jelas kepada ibu bapa dan penjaga dalam usaha mencegah penderaan serta pengantunan kanak-kanak wajar dilaksanakan.
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, memang terdapat kes-kes pengabaian kanak-kanak oleh ibu bapa yang tidak dapat diambil tindakan disebabkan kelompongan di dalam undang-undang.