IPOH – Kerajaan Perak menyasarkan kutipan hasil cukai negeri terus meningkat sehingga RM991 juta bagi tahun 2025 susulan penggunaan sistem e-Tanah.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejayaan sistem berkenaan dapat dilihat melalui peningkatan hasil kutipan cukai tanah daripada RM606.6 juta pada tahun 2020 kepada RM913.9 juta pada tahun 2024.