IPOH – Kerajaan negeri Perak sedia mempertimbangkan syarat memandulkan anjing peliharaan sebelum lesen dikeluarkan bagi membela haiwan tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng berkata, perkara tersebut antara usaha yang sedang difikirkan kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan isu anjing jalanan.