IPOH – Kerajaan Perak menggunakan sistem e-Tanah bagi mengelak berlaku sebarang salahguna kuasa dalam urusan berkaitan tanah di negeri ini.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, penggunaan sistem e-Tanah tersebut meningkatkan tahap keselamatan berbanding kaedah manual yang mempunyai banyak kelemahan.