KUALA LUMPUR – ASEAN memperkukuhkan jalinan hubungannya dengan Amerika Latin dan Afrika Utara melalui penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyertaan bersejarah berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan negara pihak bagi perjanjian ASEAN itu meningkat kepada 57 berbanding 55 sebelum ini.