KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa sudah tiba masanya penyelesaian kes di Mahkamah Syariah negeri ini diperkasakan dengan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) bagi memacu pembangunan institusi kehakiman syariah.
Baginda bertitah bahawa sistem court recording transcription (CRT) yang digunakan di mahkamah negara ini untuk merekod dan mentranskrip perbicaraan secara elektronik dan automatik, membolehkan hakim memberi tumpuan sepenuhnya kepada prosiding tanpa gangguan kerja-kerja penulisan.