KUCHING – Hari Malaysia yang bakal diraikan pada Isnin ini pastinya mencatatkan lembaran manis buat rakyat Sabah dan Sarawak, terutama apabila 11 daripada 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), akhirnya diselesaikan.
Disifatkan sebagai hadiah berharga buat masyarakat Borneo, komitmen Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengotakan janji mengembalikan hak Sarawak dan Sabah yang terhakis sebelum ini, nampaknya bukanlah omongan kosong.