SEREMBAN – Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi insan berbakat apabila penyanyi era 1980-an dan 90-an, Sheqal menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), jam 12.31 tengah hari, pada Selasa.
Berita pemergian Allahyarham disahkan isterinya, Normah Mohd Yusoff, 58, ketika dihubungi media.