Penyakit buah pinggang sering kali digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana gejalanya yang hadir secara perlahan tanpa disedari. Dalam kebanyakan kes, mereka yang menghidap penyakit ini hanya mengetahui keadaan sebenar apabila ia sudah berada pada tahap yang serius.
Situasi ini berlaku kerana ramai tidak menyedari tanda-tanda awal yang mungkin dianggap biasa atau tidak berbahaya. Hakikatnya, kegagalan mengenal pasti tanda-tanda awal boleh membawa kepada komplikasi yang mengancam nyawa.