KUALA LUMPUR – Polis akan melaksanakan penutupan dan pembukaan jalan secara berperingkat di sekitar ibu kota bagi memastikan kelancaran Perayaan Tahunan Masi Magam yang berlangsung esok.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sempena perayaan itu, dua kereta pedati akan berarak dari Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves ke Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan perarakan dijadual bermula pada jam 5 petang.