PONTIAN – Seorang penunggang motosikal maut, manakala seorang pemandu kereta mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kukup Penerok, di sini, pada Sabtu.
Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 2, Dzulkhan Iskandar, pihaknya menerima panggilan kecemaasan mengenai kemalangan berkenaan pada jam 12.02 tengah hari.