KOTA BHARU – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Paloh-Aring, Gua Musang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian kira-kira jam 11 malam itu mengakibatkan mangsa, seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.