SEREMBAN – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes jenayah terancang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Persiaran S2/1 di sini pada Rabu.
Kejadian jam 10.30 malam itu berlaku selepas suspek berusia 38 tahun enggan memberhentikan kenderaannya untuk diperiksa polis selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.