JOHOR BAHRU – Seorang penjawat awam dari Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki dalam kemalangan di Lebuhraya Link Kedua minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Irsyad Abdul Hameed, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.