SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada seorang kontraktor.
Sumber berkata, ia sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja membaik pulih rumah daif di sebuah daerah di Selangor.