PUTRAJAYA – Penjawat awam diberi amaran agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh memudaratkan dasar, perancangan dan keputusan kerajaan tanpa kebenaran.
Surat edaran yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, memaklumkan bahawa larangan tersebut dibuat berdasarkan Subperaturan 19(1) dan 19(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, yang menghalang penjawat awam daripada membuat pernyataan secara lisan mahupun bertulis.