KOTA BHARU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan bahawa Penjara Machang, Kelantan kini mencatat kadar kesesakan tertinggi di negara ini apabila menempatkan lebih dua kali ganda jumlah banduan daripada kapasiti asal dengan 80 peratus daripadanya terlibat dalam kes berkaitan dadah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penjara tersebut hanya mampu menampung 1,560 banduan, namun kini dihuni seramai 3,184 orang.