KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim berkata peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Beliau berkata, antara contoh syarikat tempatan yang boleh dijadikan panduan susulan memanfaatkan pelaburan dalam sektor teknologi ialah CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd (CG Global) yang terletak di Zon Perindustrian Prai, Pulau Pinang kerana berjaya menembusi pasaran global.