KOTA BHARU – Peniaga vape di Kelantan dikesan berulang kali membuka semula premis selepas disita pihak berkuasa, walaupun negeri ini tidak pernah meluluskan lesen penjualan rokok elektronik itu sejak tahun 2015.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, tindakan penguatkuasaan dilakukan secara berterusan namun peniaga tetap berdegil kerana kos modal yang rendah dan mendapat keuntungan besar.