SHAH ALAM – Pelaksanaan semakan kadar dan peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) seharusnya tidak dijadikan alasan oleh peniaga dan syarikat untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara melampau sehingga menindas pengguna.
Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, daripada segi logik ekonomi, struktur harga dan jumlah kenaikan sewajarnya mestilah menyamai margin keuntungan sebelum ini.