SHAH ALAM – Penjaja atau peniaga kecil seperti ‘Makcik Kiah’ tidak perlu beralih kepada penggunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) komersial.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh berkata, golongan berkenaan masih boleh menggunakan tong gas bersubsidi dengan syarat tidak melebihi tiga tong gas 14 kilogram (kg) pada satu masa dengan jumlah maksimum 42kg.