AMPANG – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di hutan di sini, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian jam 8 malam itu berlaku semasa kanak-kanak warga Myanmar berkenaan pulang dari kelas tambahan.