SEREMBAN – Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
Exco Kanan negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian.