JOHOR BAHRU – Seorang pengurus insurans mengalami kerugian RM1.393 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham dalam talian, November lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, ia bermula apabila lelaki berusia 59 tahun itu menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Iris Ng’ dan menawarkannya untuk melabur dalam jual beli saham, dengan menjanjikan keuntungan 580 peratus dalam tempoh dua bulan.