KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan penguatkuasaan pematuhan papan tanda iklan di enam lokasi pusat beli-belah pada tahun ini.
DBKL memaklumkan, sebanyak 31 notis kesalahan telah dikeluarkan dalam operasi dijalankan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu.