PUTRAJAYA – Pengkelasan isi rumah kepada bawah 40 (B40), pertengahan 40 (M40) dan teratas 20 (T20) yang hampir 15 tahun digunakan kerajaan tidak mencerminkan realiti sebenar stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia.
Kertas kerja terkini oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) bertajuk Mencari Golongan Miskin dan Kelas Pertengahan di Malaysia mendedahkan, terdapat penyimpangan ketara daripada klasifikasi B40, M40 dan T20 serta menawarkan perspektif baharu tentang stratifikasi ekonomi.