Masihkah anda ingat dengan Deja Moss, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Asmara Ini. Ramai yang merindui pemilik nama penuh Sharifah Hadijah Wan Moss ini walaupun sudah lama dirinya menyepi dari dunia seni, apatah lagi selepas rumahtangga bersama ahli perniagaan berketurunan Amerika-Syria, Maher Khani yang dikahwini sejak 2019.