SHAH ALAM – Kerajaan perlu memperkasakan undang-undang industri gig khususnya sektor e-hailing dan p-hailing melibatkan keseluruhan pemegang-pemegang taruh yang terlibat serta meliputi rantaian ekosistem industri.
Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) berkata, ia bertujuan bagi memastikan setiap perundangan seimbang kepada semua pihak termasuk impak pelaksanaan dan penguatkuasaan.