KOTA BHARU – Penggunaan logo ‘bulan’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu berhasil memberikan dominasi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bagaimanapun untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri pada 17 Ogos nanti, belum ada apa-apa ketetapan untuk menggunakan mana-mana logo parti yang bernaung di bawah gabungan itu.