SHAH ALAM – Industri pembinaan negara sudah mengurangkan penggunaan barang seperti bumbung, siling, dinding pembahagi, lantai seramik dan paip air luaran yang mengandungi asbestos.
Naib Presiden 1 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohammad Fauzee Mohamad berkata, bahan tersebut kebanyakannya sudah ditukar kepada logam, simen, aluminium dan lain-lain.