SHAH ALAM – Penggantungan Mohd Effendy Abdul Ghani sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak sah ekoran melanggar syarat-syarat yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Jawatankuasa Kerja MTUC memaklumkan, perkara tersebut disahkan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS) susulan tindakan penggantungan oleh Ahli Majlis Am kongres itu tidak selari dengan peruntukan undang-undang.