MARANG – Seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di daerah ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.
Mohd Tajudin Mokhtar, 59, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.