KUALA LUMPUR – Warganegara Malaysia tidak lama lagi akan menikmati kemasukan tanpa visa ke China bagi tempoh kumulatif tinggal sehingga 90 hari, sebaik sahaja kedua-dua negara melengkapkan prosedur domestik yang diperlukan di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama.
Kedutaan China di Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, perjanjian itu akan berkuat kuasa selama lima tahun dan akan dilanjutkan secara automatik untuk tempoh lima tahun berikutnya.