KUALA LUMPUR – Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 September 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Pengeluaran itu melibatkan sebanyak 3.86 juta ahli atau 29.4 peratus daripada keseluruhan ahli di bawah 55 tahun, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.