MARAN – Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau di Kilometer (KM)29 Jalan Temerloh-Bandar Jengka di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kemalangan melibatkan tiga motosikal iaitu jenis Honda NF1004-MA, Yamaha 135LC ES dan Yamaha Y15ZR.