KOTA BHARU – [DIKEMAS KINI] Pasangan suami isteri yang juga pengarah sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyeleweng lebih 15,000 liter diesel membabitkan lebih RM34,000, dua tahun lalu.
Tertuduh, Tan Kim Soon, 35, sebagai pengarah 1 syarikat dan isteri Koh Sze Yuen, 34, (pengarah 2) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.